Monday, June 21, 2010

Akmal Khaizuran

.



http://www.akmal-khaizuran.webs.com/

(please browse website above for photos).




Akmal Khaizuran had returned to Rahmatullah on 18 Jamadilakhir 1431H at 9:20 a.m. (equivalent to 01-Jun-2010) in room no. 9, Ward KK3 (Cancer Patients Ward for Children), Pediatric Institute, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Jalan Raja Muda Abdul Aziz.

The deceased had passed away four months before reaching his seven years birthday, death due to Leukemia.

Bathing of the deceased and enshrouding his body in white cloth were carried out at Surau (Muslims Prayer Place) HKL Staff Quarters Complex at Lorong Raja Muda, Kuala Lumpur which finished around 12.00 p.m. We stopped over at his grandpa house located in Ampang Indah for family and guests to pay their final respects to the deceased. I kissed the forehead, right and left cheeks of my deceased child as a resemblance of my love. It would be the last kisses from a father to his (deceased) youngest child, furthermore the deceased was the only male child among his siblings. A funeral prayer at Masjid Bukit Indah was performed after the noon prayer (after zuhur prayer). The burial took place in Kawasan Perkuburan Taman Kosas Ampang (Taman Kosas Ampang Muslims Cemetery) which the ceremony finished at about 2:30 p.m. on the same day, the grave was marked F23. We returned to the house in Ampang Indah to perform the farewell prayers (doa selamat). The weather was pleasant, it was sunshine from morning and during the funeral ceremony. It started to rain (drizzling) at 4 p.m. when I went back to Surau Lorong Raja Muda to retrieve the shirt worn by the deceased at the time of the last inhale of his breath. This would be kept as a memento which certainly will not be forgotten till the end of our lives.

Our family would like to take this opportunity to express enormous heartfelt gratitude to the guests who had visited the funeral, the people who had been involved in the tahlil and prayers, neighbors, close friends, friends from our previous offices and also our present offices, staff from the hospital, all Ustazs that involved in the funeral, all the ustazahs (religious teachers), teachers, transportation, acquaintances and all those involved in the funeral, who had contributed money, efforts or other contributions for my child's funeral. Not forgetting the friends and acquaintances of my late son, his classmates and also to all that contributed to his well being when was still alive, we thank all of you.


"We have come from God (been created by God) and unto him we shall return"



Ikhlas (Sincerely),

The father of the late Akmal Khaizuran.





Akmal Khaizuran telah selamat kembali ke Rahmatullah pada 18 Jamadilakhir 1431H jam 9.20 pagi (bersamaan 01-Jun-2010) di bilik no. 9, Wad KK3, Institut Paediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Jalan Raja Muda Abdul Aziz.

Arwah meninggal kira-kira 4 bulan sebelum sambutan harilahir 7 tahun, kematian disebabkan penyakit Leukemia.

Mandi Jenazah dilakukan di Surau Komplex HKL terletak di belakang Medan Selera Lorong Raja Muda, Kuala Lumpur dan selesai pada kira-kira jam 12.00 tengahari. Kami singgah sebentar di rumah Datuknya terletak di Ampang Indah untuk tatapan terakhir keluarga dan tetamu-tetamu. Saya mencium dahi jenazah, pipi kanan dan kirinya tanda ingatan kasih sayang. Ciuman terakhir seorang ayah untuk jenazah anak bongsunya dan juga satu-satunya anak lelaki diantara adik-beradiknya. Sembahyang jenazah disempurnakan di Masjid Bukit Indah setelah selesai sembahyang Zuhur. Pengkebumian jenazah di Tanah Perkuburan Taman Kosas Ampang selesai pada kira-kira pukul 2.30 petang pada hari itu juga, kubur bertanda F23.

Kami kembali ke rumah di Ampang Indah untuk upacara membaca doa selamat. Cuaca terang dari pagi dan juga sewaktu pengkebumian. Hujan renyai pukul 4 petang sempat saya kembali ke Surau Lorong Raja Muda untuk mengambil kembali baju terakhir yang dipakai oleh arwah semasa menghembuskan nafas terakhir sebagai kenangan yang tentunya tidak dapat kami lupakan hingga ke akhir hayat kami.

Kami sekeluarga ingin juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga sebagai tanda penghargaan kepada tetamu-tetamu yang telah mengunjungi jenazah, yang telah terlibat dalam tahlil dan doa, jiran-jiran, sahabat-sahabat terdekat, sahabat-sahabat dari office tempat kerja kami yang dahulu dan tempat kerja sekarang, staff dari hospital, ustaz-ustaz yang terlibat dalam menyempurnakan jenazah, uztazah-ustazah, guru-guru, pengangkutan, kenalan-kenalan dan semua orang yang terlibat didalam pengurusan jenazah, yang telah memberikan sumbangan wang, tenaga atau sumbangan-sumbangan yang lain dalam menyempurnakan jenazah anak saya. Tidak lupa juga ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada kawan-kawan sekelas dengan arwah anak saya, kenalan-kenalan beliau dan juga semua yang berjasa sewaktu arwah masih hidup..

..